Tuesday

3rd International Conference on Rural Medicine (ICORM) 2011




Sekolah Perubatan, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan persidangan 3rd International Conference on Rural Medicine (ICORM) 2011 pada 22hb - 24hb November, bertempat di Hotel Le’ Meridien Kota Kinabalu, Sabah. Persidangan yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini bertujuan untuk memartabatkan usaha global ahli akademik, ahli perubatan dan penyelidik untuk berbincang tentang taraf kesihatan masyarakat khususnya di luar bandar. Dengan tema “Health Transformation in Challenging Economies”, persidangan ini dihadiri oleh hampir 200 peserta dan penceramah jemputan dari serata dunia termasuk Australia, Korea Selatan, India, Kanada dan Brunei.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr D Kamarudin D Mudin, Pemangku Dekan Sekolah Perubatan, selaku wakil kepada Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Acara simbolik pukulan gong diiringi oleh Dr Lokman Hakim bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana juga menyampaikan keynote address pada hari tersebut, serta Profesor Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, pengerusi 3rd ICORM 2011.  Persidangan diserikan lagi oleh majlis makan malam yang turut dihadiri oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah dan Brig. General Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon, Naib Canselor UMS.

Disamping itu, keynote address pada hari kedua disampaikan oleh  Dr Jamail bin Muhi, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah disertai oleh plenary session oleh salah seorang penceramah jemputan iaitu Profesor Dr Roger Strasser. Manakala sepanjang hari ketiga persidangan, para peserta dibawa ke Ranau dan Kudat untuk menjayakan program “Outreach Community”. Dalam masa yang sama, peserta dapat melihat sendiri kehidupan masyarakat diluar bandar serta menikmati keindahan alam semula jadi negeri Sabah. Pelbagai pengalaman menarik diperolehi sepanjang program tersebut kerana rombongan diceriakan oleh tarian tradisional suku kaum di Sabah dan lawatan ke tempat-tempat pelancongan utama.

Persidangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pembangunan dan pembentukan kurikulum pendidikan kesihatan luar bandar, tetapi juga menggalakkan kerjasama dalam melakukan kegiatan penyelidikan diantara agensi-agensi terlibat. Secara tidak langsung, 3rd ICORM 2011 telah mengharumkan nama Universiti ke peringkat global, sekaligus menjadi pemangkin kepada rakyat untuk meningkatkan kesedaran dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat di zaman ekonomi yang mencabar ini. 

The Right Sitting Position

Katakan tidak Kepada Merokok

Sekolah Perubatan UMS






Dalam menghasilkan graduan yang liberal dan berciri global khususnya dalam bidang perubatan, Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah bersedia untuk membuka ruang kepada para siswazah dalam memartabatkan ilmu mereka menuju horizon pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Mula ditubuhkan pada tahun 2003 bersama Dekan perintisnya, Profesor Dr Osman Ali, sokongan padu pihak pengurusan dan kakitangan sekolah telah berjaya memastikan sekolah ini dapat memulakan sesi pengajaran dengan menerima 32 orang pelajar tahun pertama pada Jun 2003.

Keteguhan fikiran warga sekolah telah menyumbangkan banyak pencapaian yang boleh dibanggakan. Diantaranya ialah persidangan “International Conference on Rural Medicine (ICORM)” yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Persidangan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara, malah turut meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai transformasi yang perlu dilakukan untuk  menjana kesihatan luar bandar khasnya pada zaman ekonomi yang mencabar ini. Selain itu, projek inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan juga cemerlang sehingga berjaya merangkul beberapa anugerah dalam Pertandingan Penyelidikan & Reka Cipta (PEREKA) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Diantara pencapaian tersebut ialah melalui Program Perkongsian Universiti-Keluarga (PUPUK), projek Sterilization & Scrubbing Protection Sensor (SPS) serta projek “Kelewatan Penyediaan Peralatan Klinikal – Troli Dinamik”.

Disamping itu, Sekolah Perubatan juga aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Pada tahun 2011 sahaja, seramai 16 orang pensyarah sedang melakukan penyelidikan dalam program kesihatan dan bioperubatan. Manakala peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan sekolah ini begitu cerah. Mengikut kelulusan yang mereka perolehi, graduan boleh menawarkan diri untuk menjadi pegawai perubatan, jururawat dan Juruteknologi Makmal Perubatan (MLT) sama ada di pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Peluang pekerjaan ini mendapat sokongan kerana Malaysia bakal membina lebih banyak hospital dan klinik di seluruh negara pada masa akan datang demi kesihatan rakyat sejagat. Dengan hanya 30 orang siswazah yang berkonvo pada tahun 2008, jumlah graduan Sekolah Perubatan meningkat kepada 136 orang pada tahun 2011 mengikut program yang diceburi. Manakala jumlah keseluruhan graduan setakat ini adalah seramai 270 orang.

Sekolah ini mempunyai 5 buah blok bangunan untuk penempatan tujuh Jabatan Perubatan, bangunan Fasiliti Bersepadu dan bangunan pentadbiran dengan keluasan lantai berjumlah 32,000 meter persegi. Ia juga mempunyai blok-blok klinikal yang bertempat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Riverside Kingfisher dan Hospital Duchess of Kent Sandakan. Untuk kemudahan kakitangan dan pelajar, sekolah dilengkapi dengan gimnasium, perpustakaan, kafeteria, surau, makmal komputer, makmal penyelidikan dan dewan kuliah beserta kamera litar tertutup (CCTV). Untuk perkhidmatan pula, sekolah mewujudkan Poliklinik UMS di Riverside King Fisher, muzium plastinasi serta unit Penyelidikan Perubatan Desa di RMEC, Sikuati Kudat.  

Penyerahan Bangunan Baru Sekolah Perubatan

Pada 5hb Julai 2011, satu majlis Penyerahan Projek-Projek Siap UMS telah berlangsung di bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah. Acara bermula pada jam 2.00 petang dengan ketibaan YBhg Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Brig Jeneral Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon (Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah), YBhg Dato’ Ir Haji Mohammad bin Husin (Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1) dan para kakitangan universiti. 

Majlis penyerahan bangunan dimulakan dengan penyerahan Dewan Kuliah Pusat, Pusat Pengajian Pascasiswazah dan seterusnya bangunan Sekolah Perubatan. Dengan terletaknya di kawasan penjuru kampus di antara dua kawasan paya bakau yang dilindungi oleh pihak UMS, keluasan lantai adalah berjumlah 32,000 meter persegi dan dibina di atas tapak seluas 32 ekar. Pembinaan bangunan ini bernilai RM259 juta dan telah dimulakan pada 2hb Mei 2008 dan disempurnakan pada 28hb April 2011. 

Terdapat sebanyak lima buah blok bangunan iaitu tiga blok menempatkan tujuh buah Jabatan Perubatan iaitu Surgical Base, Medicine Based, Reproductive, Pathobiology, Biomedical, Medical Education dan Community (Blok C, D, E), bangunan Fasiliti Bersepadu (Blok B) dan bangunan pentadbiran (Blok A). 

Dengan kewujudan bangunan baru ini, ia dapat meletakkan UMS sebagai salah sebuah Universiti tempatan yang lebih berketerampilan dan berkualiti. Kemudahan dan fasiliti yang baik juga membantu para pensyarah menghasilkan kerja-kerja penyelidikan mahupun memberi peluang kepada pelajar untuk terus cemerlang di dalam pendidikan mereka.   

MoU - Zero TB & UMS




During 25th – 27th of May 2011, Universiti Malaysia Sabah organized a visit to Zero Tuberculosis World, Seoul Korea. The purpose of this visit was to make partnership with Zero TB committee in terms of keeping the quality life of TB patients in Sabah, cooperate with each other in making TB Management Project and participate in collaborative projects and research programs, by signing a memorandum of Understanding (MoU) between the two organizations. This three-day visit program was attended by nine important persons from Universiti Malaysia Sabah which included Y.Bhg Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh (Chairman, Board of Directors), Y.Bhg Puan Sri Zainab Aman (wife of the Chairman, Board of Directors), YBhg Brig Jen Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon (Vice Chancellor), Prof Dr Osman Ali (Dean School of Medicine), Prof Dr Young-Hwan Yeo (Professor at School of Arts Studies), Dr Mokhtarrudin Haji Ahmad (Director Corporate Relations Division), Miss Kang Myoung Sook (Lecturer, Centre for the Promotion of Knowledge & Language), Mr Talib Abdullah Shahni (Senior Assistant Registrar, Registrar Office) and Mr Mohd Zaidie Adilai (Senior Assistant Registrar, School of Medicine).

One of the agendas was a session on signing the Memorandum of Understanding (MoU), which was executed on the 25th of May 2011 at Hotel Grand Ambassador Seoul, Korea. Other activities included visits to Korea Food and Drug Administration (KFDA), Korean Institute of Tuberculosis, Seoul Municipal Seobuk Hospital, and the Seoul National University Hospital followed by technical discussions between Zero TB committee and the School of Medicine, UMS.

In addition, this visit was beneficial to both the organizations as they could make a better collaboration as well as promote our university in the international arena. The open discussions with the collaborative agencies of Zero Tuberculosis World program was also successful, which brought a greater understanding and closeness between UMS and their committees.    

Unforgettable Memories in Pensiangan





For the first time, the Expedition Club of SPU organised a medical expedition to Pensiangan district from 14th to 18th May 2011. This 5-day and 4-night expedition has left new and unforgettable memories to all the members. 

The aims of this expedition were to promote School of Medicine to the rural population of Sabah, to give opportunity to the staff to experience rural life, to collect specimens from the area for medical teaching purposes and also to offer experience to the laboratory technologists in field work. Kampung Sansandukon and Kampung Tinanduk were the villages that were covered during the expedition. Various activities were conducted by the members such as health talks with topics on balanced diets, smoking, dental hygiene and also worms knowledge, collecting of human samples: blood, stool, hair and head lice, aerobics, and quiz, karaoke competition for adults and kids and also movie shows at night.


Other than that, medications for mild illnesses were given out to the villagers. An unexpected Futsal competition was organised by SMK Sansandukon between SPU staff and Sansandukon villagers. Very energetic Sansandukon male won the competition for male category and it was a draw for female category. SPU staff club collected used clothes, toys, slipper, and shoes to be donated to the villagers. Some generous SPU staff donated new toothbrush kits. Good job SPU Staff Club committee!

The expedition became more challenging and joyful with the participation of 4 x 4 club members. Travelling by 4 x 4 vehicles was an unremarkable experience for all the 24 SPU staff.

From: BULETIN SPU |APRIL 2011