Tuesday

Muzium Perubatan Universiti Malaysia Sabah




Muzium Perubatan yang terletak di Makmal Plastinasi Sekolah Perubatan merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Ia telah dirasmikan pada tanggal 14hb April 2010. 

Muzium ini merupakan sumber inspirasi dan ilham Dekan Sekolah Perubatan yang pertama, Prof Dr Osman Ali dan ia ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang struktur tubuh badan manusia. 

Muzium Perubatan UMS ternyata melambangkan sumber aspirasi, keazaman dan kecemerlangan UMS dalam bidang perubatan kearah menjadi universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bayaran masuk:
RM3 - 18 tahun ke atas
RM2 - 17 tahun ke bawah
Percuma - kakitangan & pelajar UMS


Waktu lawatan
Selasa - Khamis (9.30 - 12.30pm & 2.00 - 4.30pm)
Jumaat ( 9.30 - 11.30am & 2.00 - 4.30pm)
Sabtu - Ahad (9.30 - 12.30pm & 2.00 - 4.30pm)
Isnin / Cuti Umum (Tutup)

From: BULETIN SPU |APRIL 2011

No comments:

Post a Comment