Monday

Perasmian Poliklinik Masyarakat UMS, Sikuati, Kudat





10hb April 2010

Telah berlangsungnya perasmian Poliklinik Masyarakat UMS yang bertempat di RMEC Sikuati, Kudat. Yang mana, majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Lovita Koisun selaku pegawai daerah Kota Marudu dan merangkap wakil kepada Menteri Sains dan Teknologi. Turut sama hadir pada majlis ini adalah Yg Berusaha Prof Dr Osman Ali, Dekan Sekolah Perubatan. 

Selain berfungsi sebagai klinik posting, poliklinik ini turut menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada penduduk setempat. Perkhidmatan klinik kesihatan yang diberikan menggunakan ciri-ciri perubatan pencegahan dan perubatan "wellness" berbeza dengan perkhidamatan rawatan kesihatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Selain daripada itu, pusat ini juga berupaya menjadi medan latihan praktikal bagi penuntut perubatan. Tahap kecemerlangan pelajar juga dapat ditingkatkan selain memberi bantuan perubatan kepada penduduk. 

Pusat ini memberi manfaat dari segi meningkatkan taraf kesihatan dan kesedaran penduduk desa ke arah gaya hidup yang lebih sihat disamping menghasilkan graduan perubatan yang berkualiti tinggi dan bersedia untuk berkhidmat di luar bandar pada masa akan datang. 

Oleh: Starrine A
BULETIN SPU, APRIL | 2010

No comments:

Post a Comment